Saturday, August 23, 2014
Louis van Gaal Menyenaraikan Pemain Yang Cedera
Pengurus Manchester United, Louis van Gaal telah menyenaraikan pemain yang mengalami kecederaan dan berkata beliau boleh kehilangan sebanyak tujuh orang pemain bagi perjalanan Reds' ke Sunderland.
Walaupun kepulangan Robin van Persie dan Antonio Valencia akan menjadi rangsangan untuk pasukan dan amat dialu-alukan untuk jurulatih Belanda selepas kekalahan di hari perlawanan pembukaan menentang Swansea, kecederaan pemain tengah Marouane Fellaini dan Ander Herrera telah membuatkan van Gaal runsing.
"Kami mempunyai tujuh pemain yang mengalami kecederaan, itu satu jumlah yang banyak," katanya. "Dalam kerjaya saya sebagai jurulatih, kami tidak pernah mempunyai kecederaan sehingga melibatkan tujuh orang pemain, dan untuk permainan terakhir adalah sembilan. Tujuh kecederaan ditambah Fellaini yang mempunyai masalah buku lali. Jadi kami perlu tunggu dan lihat kerana [Sabtu] dia akan melakukan imbasan buku lali. Ia adalah lebih baik untuk berbuat demikian selepas dua atau tiga hari dan tidak hanya untuk sekali dan saya tidak boleh berkata apa-apa tentang itu.. Apa yang pasti jawapan samada dia cedera, jawapannya adalah YA!.
"Herrera juga cedera, jadi kami mempunyai empat pemain tengah yang cedera. [Michael] Carrick, Herrera, Fellaini dan [Jesse] Lingard. Oleh itu, kita adalah sedikit lemah di bahagian tengah dan ia adalah satu masalah yang saya hadapi. Saya sudah menjelaskan di sidang akhbar yang lepas bahawa sangat sukar apabila anda mempunyai perjalanan ke Amerika Syarikat dan dalam masa yang sama perlu bersedia untuk musim ini.
"[Jonny] Evans telah pulih dan telah berlatih hari ini untuk kali pertama, jadi dia belum lagi disenaraikan bagi pemilihan namun Valencia telah kembali. Dengan Herrera.... ia adalah terlalu awal untuk mengatakan kerana ia berlaku [Khamis] dalam sesi latihan dan ia masih terlalu awal baginya untuk mempunyai imbasan. perkara yang sama terjadi kepada Fellaini. "
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment