Pages

Wednesday, August 27, 2014

Angel Di Maria Tandatangan Kontrak Dengan Rekod Bayaran Perpindahan £59.7million


Pemain tengah antarabangsa Argentina menyertai MU dengan kontrak lima tahun.

Manchester United dengan gembira mengumumkan bahawa Angel Di Maria telah menyelesaikan perpindahannya dari Real Madrid dengan rekod bayaran tertinggi di British sebanyak £59.7million. Angel menyertai MU dengan kontrak selama lima tahun.

Angel Di Maria berkata:. "Saya benar-benar gembira kerana dapat menyertai Manchester United. Saya seronok dan menikmati masa saya di Sepanyol dan terdapat banyak kelab-kelab yang berminat untuk mendapatkan saya, tetapi saya akan  meninggalkan Real Madrid hanyalah untuk United.

"Louis van Gaal adalah seorang jurulatih yang hebat dengan rekod kejayaan dan prestasi yang terbukti dan saya kagum dengan wawasan dan kesungguhan setiap orang untuk menaikkan kelab ini kembali di puncak liga di mana tempat asalnya. Saya tidak sabar lagi untuk turun beraksi."


Louis van Gaal berkata: "Angel adalah pemain tengah bertaraf dunia tetapi yang paling penting dia seorang pemain berpasukan Tiada keraguan mengenai bakat semulajadinya yang hebat."

Beliau adalah seorang pemain yang hebat, cepat dan mempunyai sepakan kaki kiri yang tepat dan menakutkan kebanyakan pemain pertahanan yang mengawasinya. Kemahiran menggelecek dan keupayaannya untuk mengambil dan mengalahkan lawan adalah amat menghiburkan untuk ditonton. Beliau adalah tambahan yang sangat baik untuk pasukan."

Sumber:  manutd Official Site

No comments:

Post a Comment