Louis van Gaal merasakan kehilangan tempo permainan, hantaran bola yang tidak tepat, adalah faktor yang menyebabkan Manchester United tidak mendapat 3 mata penuh ketika berkunjung ke Sunderland hari ini.
The Reds telah seri 1-1 dalam pertemuan ke dua Liga Perdana Inggeris di Stadium of Light selepas Jack Rodwell menanduk masuk bola hasil sepakan sudut bagi menyamakan kedudukan selepas Juan Mata menjaringkan gol pertama The Reds.
Van Gaal lebih gembira dengan persembahan pasukannya pada separuh kedua, dengan memasukkan Danny Welbeck dan Adnan Januzaj dari bangku simpanan, tetapi agak kecewa dengan permainan pasukannya apabila memasuki minit akhir permainan.
"Pada separuh pertama, permainan kedua-dua pasukan adalah seimbang" van Gaal memberitahu Sky Sports. "Kami tidak mencipta banyak peluang selain gol pertama yang hebat.
"Kita telah memberi amaran kepada pemain supaya tidak memberi peluang set-pieces kepada lawan tetapi banyak peluang telah diberikan dalam perlawanan ini dan mereka dapat menjaringkan satu gol dari peluang itu dan ia amat mengecewakan.
"Pada separuh kedua kami bermain lebih baik dan kami boleh mewujudkan lebih banyak peluang. Tetapi kami terlepas terlalu banyak hantaran -. Ia adalah sama ada terlalu lambat atau terlalu terburu-buru, dan kemudian anda kehilangan bola dan tempo itu hilang daripada permainan itu, dalam saya berpendapat, itulah penyebab kami tidak dapat memenangi perlawanan tersebut."
Ashley Young telah diberikan kad selepas rehat apabila beliau mengasari bekas pemain The Reds - Wes Brown, manakala rayuan Robin van Persie juga ditolak apabila dijatuhkan di dalam kotak penalti.
Van Gaal menambah: "Saya tidak fikir ia adalah satu terjahan yang kasar kerana dia telah disentuh oleh pasukan lawan Selepas itu dia membuat bantahan kepada pengadil, tetapi tidak diambil kira walaupun dia telah ditendang oleh lawan..
"Saya fikir [pengadil] sepatutnya memberikan sepakan penalti kepada van Persie Anda boleh mengatakan dia sudah jatuh tetapi terjahan datang selepas itu. Sesetengah pengadil akan meberikan sepakan penalti. Walau bagaimanapun, kita perlu mewujudkan lebih banyak peluang, bukan hanya bergantung kepada penalti. "

No comments:
Post a Comment